Ujaran Implisit dalam Filem Melayu Klasik Sri Mersing

Fatin Rabiha Abdul Kadir, Zaitul Azma Zainon Hamzah

Abstract


Filem Melayu klasik merupakan khazanah filem negara yang menyimpan pelbagai elemen budaya dan penggunaan bahasa yang indah. Filem ini padat dengan penggunaan ujaran implisit dalam setiap kata, frasa dan ayat yang digunakan. Kajian ini mempunyai dua fokus utama iaitu mengenal pasti ujaran implisit yang terdapat dalam filem Melayu klasik ‘Sri Mersing’ dan menganalisis makna ujaran yang implisit menggunakan teori Relevans. Teori ini mengandungi tiga komponen penting iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses. Kajian analisis teks dijalankan dengan menyata dan menghuraikan pengujaran implisit yang telah dikenal pasti serta mendedahkan peranan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam merungkai makna ujaran yang implisit dalam filem tersebut. Hasil kajian mendapati lima petikan ujaran dalam filem ‘Sri Mersing’ yang mempunyai makna implisit. Elemen implisit tersebut mendedahkan keperluan memahami ujaran yang disampaikan dengan menggunakan konteks dan kesan konteks. Dapatan kajian memperlihatkan pemahaman masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang kaya dengan ujaran dan makna implisit. Di samping itu, kajian ini juga telah menonjolkan keindahan dan keunikan bahasa yang terdapat dalam filem Melayu tradisional terutamanya sekitar 60-an.

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hussain (penyusun). (1993). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alo Liliweri. (2002). Makna Budaya Dalam Komunikasi Antarbudaya. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.

Amirah Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2013, Jun). Implikatur dalam Kes “Pembunuhan Noritta”: Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa, 13(1).

Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Mazni Buyung. (1996). Pola Pengamalan Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia. Ulu Kelang: FINAS.

Crystal, D. (1985). A Dictionary of Linguistics and Phonetics (2nd Ed.). Oxford: Blackwell.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.wong

Sri Mersing Ada Sedih Dalam Tawa: Teater Diadaptasi Daripada Filem Singkap Falsafah dan Jati Diri Melayu. (2010, 18 March). Berita Harian Online. Dipetik melalui http://www2.bharian.com.my/articles/SriMersingadasedihdalamtawa/Article/ print_html.

I Nyoman Aditya Darma. (2014). An Analysis of Subtitling Strategies in The Magic of Belle Isle Movie. Humanis, 17(1).

Hatta Azad Khan. (2002). Peranan Drama dan Filem Dalam Pembinaan Bahasa Melayu. Prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid. (2012). Kesantunan Melayu Kearah Situasi Bebas Konflik. Dlm Marlyna Maros, Mohd. Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (Penyunting). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa, 170-189. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Metra Syaril Mohamed. (2010, March 18). Nostalgia Sri Mersing. Utusan Online. Melalui http://ww1.utusan.com.my.

Mohd. Ali Abdul Hamid (1986). Kamus Peribahasa. Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Fadzil Razali, Badrul Redzuan Abu Hassan & Roslina Abdul Latif. (2016). Pemuliharaan Warisan Terpinggir : Menanggap Peranan Medium Sinema. Jurnal Komunikasi, 32(1), 651–668.

Mohd. Zamzuri Mat Sehap & Jessica Ong Hai Liaw. (2011). Filem Melayu Mencermin Akal Fikir Bangsa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Vii. Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Mustafa Atan. (2010). Implikatur dalam Filem P. Ramlee. Tesis Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Naim Haji Ahmad. (1995). Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozmi Ismail. (2016). Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Sapinah Haji Said. (2013). Kamus Peribahasa Melayu. Johor Bahru: Pelangi Publication Sdn Bhd.

Sperber, D. & Wilson. (1986). Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell.

Syed Nurulakla B. Syed Abdullah. (2015). Analisis Makna Implisit dan Eksplisit dalam Penterjemahan Buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ ke dalam Bahasa Melayu. Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Malaysia.

Wong Shia Ho. (2013). Keharmonian Kaum dalam Ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis Teori Relevans. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 11, 1-20.

Wong Shia Ho. (2014). Ungkapan Implisit dalam Berita Bola Sepak Piala Dunia 2014: Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa, 14(2).

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2006). Memahami Pertuturan Kanak-Kanak Melalui Analisis Pragmatik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Refbacks

  • There are currently no refbacks.