Cerminan Moral Positif dalam Cerita-cerita Rakyat Melayu

Mohd Firdaus Che Yaacob, Nasirin Abdillah, Muhammad Izani Ab. Ghani, Shahariah Norain Shaharuddin, Siti Nur Anis Muhammad Apandi

Abstract


Cerita rakyat Melayu ialah sebuah cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam masyarakat pada masa lampau. Selain itu, cerita rakyat Melayu menjadi ciri unik setiap bangsa juga mempunyai suatu kebudayaan beraneka ragam, merangkumi kekayaan budaya juga dan sejarah. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh mengisahkan tentang sesuatu kebudayaan masyarakat bangsa itu tersendiri. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis cerminan moral positif masyarakat Melayu yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu dengan menggunakan pendekatan teori pengkaedahan Melayu. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan teks. Kajian ini akan membawa pembaca untuk memahami akan nilai murni seperti nilai kejujuran yang termaktub di bawah lembayung kata amanah, bercakap benar dan ikhlas yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh pada tahun 2015. Seterusnya, beberapa cerita rakyat telah dipilih iaitu Awang Yang Lurus, Padi Berbuah Emas, Raja Kuyuk, Seuncang Padidan Penjual Api Yang Lurus. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa elemen nilai murni kejujuran ternyata jelas terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu terpilih dan penemuan nilai murni seperti ini telah membuktikan bahawa sememangnya masyarakat Melayu pada masa lampau mengamalkan nilai murni dalam kehidupan untuk memastikan sebuah kehidupan yang sejahtera.

Full Text:

PDF

References


Amir A. Rahman. (2001). Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azzah Ar. (2010). Kesan Cerita Rakyat Melayu Kepada Kehidupan Orang Melayu. (Diakses pada 15 April 2014).

Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel

Kajian Teori Sastera Melayu anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka di Riviera Bay Resort, Melaka.

Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Laurent Metzger. (2007). Nilai-Nilai Melayu Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Perguruan Sultan Idris.

Mana Sikana. (1997). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ali Hashimi. (1992). Keperibadian Muslim. Terj. Haji Tahir Daeng Mengati. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2014). Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Kanak-Kanak Melalui Nilai Murni. Journal of Business and Social Development, 2(2), 74-85.

Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai Baik Hati Menerusi Cerita Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Social Development, 4 (2), 45-57.

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2015). Nilai-Nilai Murni Dalam Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Tesis Sarjana Sastera. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia.

Mohd Fahmi Ismail, Salmah Jan Noor Muhammad & Mohd SharifuddinYusop. (2015). Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu Sebagai Cerminan Kebudayaan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 3(2015), 91-100.

Mohd. Taib Osman. (1976). Sastera Rakyat, Tinjauan Umum. Dlm. Diskusi Sastera Jilid 1: Sastera Tradisi, Disunting oleh A. Bakar Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norita Ariffin. (2006). Nilai-Nilai Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun. Projek Akhir Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia.

Normaliza Abd Rahim. (2014).Perception on the Animal Fable ‘Bird of Paradise’ Song. Asian Social Science, 10(19), 17-23.

Normaliza Abd Rahim. (2014). The Nearly Forgotten Malay Folklore: Shall We Start With The Software? TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, 13(3), 216-221.

Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim & Roslina Mamat. (2014). Awareness of Folklore in Multimedia: Spoken Discourse among Learners. Technics Technologies Education Management, 9 (2), 352-360.

Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim & Roslina Mamat. (2014). Learning via Television Cartoon. Asian Social Science Journal, 10(15), 8-15.

Othman Puteh & Aripin Said. (2015). Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Swettenham, F. (2015). Perihal Orang Melayu. (Zubaidah Ibrahim, Terj.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Abdul Kadir. (1992). Pembinaan Tradisi dan Budaya Ekspresif Budaya Melayu. Petaling Jaya: Masfami Enterprise.

Zainal Abidin Datuk Borhan. (2001). Adat Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 137-156.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.