Keanekaragaman Retorik Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salina

Asrul Azuan Mat Dehan, Hajah Nor Azuwan Yaakob

Abstract


Retorik merupakan satu seni bahasa estetik dan menarik yang digunakan untuk menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai fokus kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca. Kajian ini dijalankan berpandukan kerangka gaya retorik yang dibina oleh Corbett dan Connors berdasarkan teori retorik klasik oleh Aristotle dan beberapa pandangan sarjana retorik lain digunakan untuk menyokong hujah dalam penghuraian data kajian. Selain itu, penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini berfokus kepada satu objektif utama, iaitu mengenal pasti dan menghuraikan penggunaan retorik gaya trope yang terdapat dalam novel A. Samad Said, iaitu Salina. Elemen yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah retorik gaya trope yang digunakan oleh A. Samad Said dalam novelnya, iaitu gaya metafora, simile, hiperbola, personifikasi, oksimoron dan soalan retorik. Jelasnya, pemahaman pengucap dan penulis tentang konsep dan kepentingan retorik serta kecekapannya menggunakan retorik akan membantunya menghasilkan ucapan dan penulisan yang baik, sempurna dan berkesan.

Full Text:

PDF

References


A. Samad Said. (1992). Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003). Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1993). Bahasa kiasan. Jurnal Dewan Bahasa, 37(10), 907-913.

Ade Nurdin, Yani Maryani & Mumu. (2004). Intisari Bahasa dan Sastra Indonesia untuk SMU. Bandung: CV Pustaka Setia.

Adrianus Andika Richardo, Christanto Syam & Martono. (2014). Unsur retorika dalam novel Tarian Bumi karya Oka Rusmini. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran, 3(10), 1-10.

Amida Abdulhamid. (2008). Rangkaian Falsafah dalam Analisis Sastera. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Haji Omar. (1984). Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2006, Januari). Retorik sebagai alat berbahasa. Pelita Bahasa, 18(1), 8-12.

Corbett, E. P.J. & Connors, R. J. (1999). Classical Rhetoric for the Modern Student (4th ed.). New York: Oxford University Press.

Effendy Ahmadi (2012, Mei). Retorik Peribahasa Melayu: Analisis Skema dan Trope. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Bahasa Melayu 2012.

Gorys Keraf. (2000). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

Haerany Widiarti Eligia, A. Totok Priyadi & Ahmad Rabi’ul Muzammil. (2015). Unsur retorika dalam kumpulan cerita pendek Celeng Satu Celeng Semua karya Triyanto Triwikromo. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran, 4(9), 1-16.

Hashim Ismail. (2013). Pengenalan. Dalam Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jeniri Amir. (2013). Menulis Biografi: Melakar Kehidupan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Kalaiselvi Shanmugam. (2012). Retorik bahasa Tamil dalam pengumuman pemasaran nilai sosial THR Raaga. (Disertasi Sarjana), Univeriti Malaya, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kusumawati. (2010). Analisis pemakaian gaya bahasa pada iklan produk kecantikan perawatan kulit wajah di televisi. Jurnal Penelitian. Universitas Sebelas Maret, Surakarta.

Lanham, R. A. (1991). A Handlist Rhetorical Terms. London: University of California Press.

Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad. (2008). Strategi Bahasa: Panduan nahu dan retorik untuk penulisan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Noor Aina Dani. (2000) Kaedah Penyelidikan dalam Bahasa Melayu (BBM 5202). Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Nor Raudah Siren & Faridah Mohd. Sairi. (2003). Beberapa aspek retorik dalam surah al-Ra’d. AL-BAYAN Journal of Al-Quran & al-Hadith, 1, 151-168.

Omar, N. S. (2016). Rhetorical style of the English Translation of Surah al-Takwir. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 4, 55-66.

Rahmah Ahmad H. Osman & Mohd Shahrizal Nasir. (2013). Unsur-unsur retorik dalam puisi Melayu Al-Amin karya A. Samad Said. Jurnal Usuluddin, 37, 117-150.

Rahman Shaari. (2001). Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd.

Rahmat Ismail. (2000). Pidato Berpidato Seni dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Sobariah Baharum. (2008). Retorik dalam Novel-novel Abdullah Hussain. (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Sri Marintan Marpaung. (2013). Unsur retorika dalam novel maestro karya Alex Suhendra (Tinjauan Stilistika). Jurnal Sasindo Universiti Negeri Medan, 2(2).

Tarigan, H. G. (1990). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa.

Vijaya Letchumy. (2006, Jun). Gaya bahasa dalam novel. Pelita Bahasa, 18(6), 35-37.

Yusof Man. (2006, Januari). Gaya dalam retorik sastera. Pelita Bahasa, 18(1), 20-22.

Zulkifley Hamid, Norida Berhan & Kartini Abd Wahab. (2015). Application of rhetorical styles as a determinant of the effectiveness of oral communication in public lectures. Malaysian Journal of Communication, 31(2), 673-686.


Refbacks