Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”

Mardhiyyah Zamani, Nurazan Mohmad Rouyan

Abstract


Peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak dapat dinafikan lagi terutamanya di fasa awal kehidupan mereka. Menurut pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kecemerlangan seorang anak, samada dari sudut kejayaan akademik mahupun memiliki budi pekerti tinggi kebiasaannya terletak di tangan kedua ibu bapa yang memainkan peranan penting mencoraknya. Seringkali terjadi, apabila timbul sebarang masalah atau kepincangan akhlak dalam kalangan remaja, pasti ibu bapalah yang pertama dituding serta dipertanggungjawabkan. Justeru, kajian ini bertujuan menyingkap pengaruh dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak di fasa awal perkembangan mereka, iaitu di usia kanak-kanak berdasarkan pengalaman Syed Qutb melalui analisis terhadap autobiografinya “Kisah Seorang Anak Kampung”. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Dapatan kajian membuktikan bahawa ibu bapa sangat berpengaruh dalam membina personaliti, keperibadian serta ketokohan seseorang anak, dan ia berlaku dalam dua bentuk: memberi gambaran atau persepsi yang positif kepada anak dan memainkan peranan penting sebagai ibu bapa. Kajian ini memfokuskan beberapa peranan penting yang telah dimainkan oleh kedua ibu bapa Syed Qutb dalam melahirkan tokoh yang terkenal ini.Tidak dapat dinafikan lagi, persepsi positif serta peranan penting sebagai ibu bapa merupakan faktor utama dalam menjamin kejayaan anak-anak.

Full Text:

PDF

References


Azzam, A. (1891). Abdullah Azzam Yektub: 'Emlaq El- Fikryl Islamy. Retrieved from blady2day.blogspot.com:

http://blady2day.blogspot.com

Barakat, M. T. (n.d.). Syed Qutb: Khulasah hayatihi, Manhajuhu fil Harakah, An- Naqd Al- Muwajjah Ilaihi. Beirut: Dar el- Dakwah.

Habibah & Noran Fauziah. (2006). Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izzah Nur Aida Zur Raffar, Salasiah Hanin Hamjah. (2015, December). Personaliti Bapa daripada Perspektif Islam. GJAT, 5(2). Retrieved from www.gjat.my

Jamil, H. A. (2013, 7 3). Saifulislam.com. Retrieved from hasrizal@saifulislam.com: http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/

Qutb, S. (1945). Tifl min el-Qaryah. Cairo: Dar el- Shrouq.

Syed Qutb, hayatuhu wa adabuhu. (1940). Majalah Ar-Risalah.

Warren & Howard Crosby. (1922). Elements of Human Psychology. New York: New York etc Houghton Mifflin Co.

Yahaya, A. (2008). Pembentukan Personaliti Remaja. Retrieved from eprints.utm.my

Zakiyah Jamaluddin, Ismail Kaprawi. (2004). Ikatan dan Kawalan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Delinkuens. Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia, Kedah.


Refbacks