Identifikasi Kesan Kaedah Pintas Iqra Terhadap Tahap Penguasaan Huruf Hijayiyyah Dalam Kalangan Murid Sekolah Kebangsaan Di Malaysia

Muhamad Zahiri Awang Mata, Siti Salwa Md. Sawarib, Aziroh Puteh, Nur Farhie Syazreen Zubir

Abstract


Pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian seorang Muslim amat penting untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan mereka. Namun begitu mutakhir ini, ramai kalangan anak-anak Muslim yang gagal membaca al-Quran dengan baik. Perkara ini mewujudkan satu kebimbangan kepada para pendidik. Maka dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh mana kaedah pintas Iqra’ mampu meningkatkan penguasaan para pelajar dalam bacaan huruf hijaiyyah dan al-Quran secara umunya. Kajian tindakan ini melibatkan pemerhatian, temu bual dan pelaksanaan ujian bagi mengumpul data. Seramai 18 orang responden telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Dapatan kajian tindakan menunjukkan bahawa kaedah pintas Iqra’ berjaya meningkatkan penguasaan para pelajar dalam bacaan huruf hijaiyyah. Maka dengan ini diharapkan kaedah pintas Iqra boleh dijadikan panduan kepada para guru dalam menangani masalah pembacaan al-Quran dalam kalangan murid-murid sekolah.

Full Text:

PDF

References


Mohamad, B., Suradin, A., & Khamisan, Z. A. H. (2008). Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti.

Noh, M. A. C., & Tarmizi, R. A. (2009). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran (Students’ Perception Toward Teaching Tilawah Al-Quran). Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 93-109.

Syarifuddin, A. (2004). Mendidik anak: membaca, menulis dan mencintai Al-Quran. Gema Insani.

Shihab, M. Q. (2007). Secercah Cahaya Ilahi: Hidup Bersama Al-Quran. Mizan Pustaka.

Rosinah Edinin (2012), Penyelidikan Tindakan – Kaedah dan Penulisan, Kuala Lumpur : Freeman Horizons Sdn. Bhd.

Abd. Razak Habib (2006). HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

Sang, M. S. (2009). Siri Pengajian Profesional : Literatur dan Kaedah Penyelidikan.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Yan Piau (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. Selangor Darul Ehsan : Malaysia :McGraw Hill Education.

Al Hafiz, M. H. M., Ghazali, M. A. I., & Sawari, S. S. M. (2015). “Eksplorasi Hubungan Hafazan Al-Quran Dan Kecemerlangan Para Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong”. In International Seminar on Educational (No. 2015).

Al Hafiz, M. M., Yusof, M. F., Ghazali, M. A. I., & Sawari, S. S. M. (2016a). Descriptive Qualitative Teaching Method of Memorization in The Institution of Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Condong and the Students’ Level of Academic Excellence. Mediterranean Journal of Social Sciences, 7(1 S1), 79.

Al Hafiz, M. M., Yusof, M. F., Ghazali, M. A. I., & Sawari, S. S. M. (2016b). “Historiography of Quranic Memorization from the Early Years of Islam until Today”. Mediterranean Journal of Social Sciences, 7(1 S1), 279.


Refbacks