Kesan Pendekatan Pendidikan Integrasi Ilmu Dalam Mata Pelajaran Berasaskan Projek Reka Cipta Terhadap Pembangunan Potensi Spiritual Dan Pencapaian Daya Kreativiti Pelajar

Rohana Hamzah, Hamidah Razali, Zilal Saari, Sarimah Ismail

Abstract


Mata pelajaran berasaskan projek rekacipta sering dikaitkan dengan pembangunan daya kreatif dan inovatif. Namun pembangunan daya kreatif dan inovatif sering dikaitkan dengan kebolehan berjiwa seni yang lahir dari jiwa yang mempunyai hubungan rapat dengan Pencipta. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi melihat kesan pendekatan pendidikan integrasi ilmu dalam mata pelajaran rekabentuk yang bertujuan membawa pelajar mengenal Pencipta terhadap tahap pencapaian pemikiran kreatif dan inovatif. Pencapaian pemikiran kreatif dan inovatif diukur berdasarkan faktor kecerdasan spiritual, gred pencapaian dan faktor afektif. Seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian rintis dan nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.86. Data dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesan pendekatan pendidikan integrasi ilmu terhadap pembangunan potensi spiritual pelajar adalah tinggi dengan min purata 4.90, dan afektif sedikit rendah iaitu 4.10 tetapi masih berada ditahap tinggi. Perbandingan gred pula menunjukkan pelajar yang mendapat gred A menguasai kecerdasan spiritual yang setara dengan kumpulan pelajar dengan gred yang lebih rendah tetapi memiliki tingkahlaku atau afektif sebagai seorang pereka yang lebih baik daripada pelajar yang mendapat gred yang lebih rendah. Hasil dapatan kajian ini membuktikan pendekatan integrasi ilmu dalam mata pelajaran rekabentuk mampu membantu pelajar untuk mendapat pencapaian gred yang tinggi dengan keseimbangan pencapaian mereka dari sudut kecerdasan spiritual dan pembangunan afektif atau tingkahlaku seorang pereka.

Full Text:

PDF

References


________________ (2010). Pengiktirafan UTM Sebagai Universiti Penyelidikan Tepat Pada Masanya. Utusan Malaysia 11 Jun 2010.

Abdul Haris M Horsi (2010). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran Guru Matapelajaran Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai : Tesis Sarjana Muda.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1996). Seni Berfikir Kreatif. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999). Seni Berfikir Kreatif: Benarkah Ada Perbezaan Antara Kreativiti Minda Barat Dengan Minda Jepun?. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2006). Belajar Berfikir. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azrina Sobian (2010). Pandangan Awal Terhadap Kesedaran Dan Pemupukan Kreativiti Dan Inovasi. Kertas Perbentangan di Seminar “ Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami”. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); pada 9-10 November 2010 di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur.

H. Mahmud Yunus (2007). Tafsir Al-Quranul Karim. Kuala Lumpur : Victory Agencie.

Hasan Langgulung (1986). Manusia Dan Pendidikan : Suatu Analisa Psikologi Dan Pendidikan. Jakarta : Pustaka Al-Husna.

Hasan Langgulung (1991). Kreativiti Dan Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi Dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Khairul Azhar Idris ( 2010). Kreativiti, Kecerdasan Dan Kesihatan Mental. Kertas Perbentangan di Seminar “ Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami”. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); pada 9-10 November 2010 di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur.

Khairunnisa Azahari (2010). Integrasi Proses Pembangunan Spiritual Melalui Ilmu Intelektual Dalam Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai : Tesis Sarjana Muda.

Lee Kyung Hwa (2005). The Relationship Between Creative Thinking Ability And Creative Personality Of Pre-School. International Education Journal 2005. Vol 6 Bil 2 194-199.

Md Asham Ahmad (2010). Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam. Kertas Perbentangan di Seminar “Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami”. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); pada 9-10 November 2010 di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2003). Kreativiti Invensyen Dan Inovasi : Suatu Cadangan Matapelajaran Pada Peringkat Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Kertas Cadangan

Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti Konsep Teori & Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Azhar Abd Hamid, Othman A Kasim & Muhamed Fauzi (2005). Cipta Idea Baru : Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif Dan Inovatif. Pahang : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi & Muhamed Fauzi (2006). Reka Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Skudai : Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Jailani Mohd Nor (2009). Menerapkan Budaya Kecemerlangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Dicapai pada 6 Disember 2010 dari laman http://journalarticle.ukm.my/view/creators/Mohd_Jailani_Mohd_Nor

Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghani (2003). Rekacipta Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Syamil Mohd Yusuff (2010). Hebatnya Al-Quran : Jika Kamu Berfikir. Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd.

Mohd Zaidi Ismail (2010). Imaginasi Dan Kreativiti Insan Menurut al-Ghazzali Dan Kemunasabahannya Dalam Ruang Lingkup Semasa. Kertas Perbentangan di Seminar “Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami”. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); pada 9-10 November 2010 di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur.

Munir Shuib & Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor : Prentice Hall.

Picciano, A.G. (2004). Educational Research Primer. London : Continuum.

Rawlinson, J.G. (1981). Creative Thinking And Brainstorming. Aldershot England : Gower Publishing Company Ltd.

Rohana Hamzah (2009). Development And Evaluation Of The Holistic Self Development Modules : A Study Among Arts And Design Students. Universiti Teknologi Mara. Shah Alam : Tesis Doktor Falsafah.

Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia : Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. Johor : Penerbit UTM Press.

Siti Hajar Alias (2008). Tahap Kreativiti Di Kalangan Pelajar Program Sains Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Skudai : Tesis Sarjana Muda.

Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani : Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Selangor : Karya Bestari Sdn. Bhd.


Refbacks